April 29, 2012

Pulang ke Bandar

Another 10 hours to stay in this home . . . Arghhhh!!! Malas nye nak balik Shah Alam. Huhu. Dah la kerja banyak tak siap lagi. Lepas cuti ni pulak banyak test. Semua subjek pulak tu. Huhu. Tak cukup cuti seminggu. Nak seminggu lagi boleh?? Heheh. Alaaa... Nak tak nak kene jugak balik. Tiket pon dah bli. Lagi buat aku tension ni, tiket petang dah abeh. Yang ade pagi2 dengan petang2 sangat. Pagi kul 10.30. Erm... Kene bangun awal la esok. Rasa macam mana tah cuti ni, shopping pon tak sempat. Malam semalam baru nak beli baju la, seluar la, anak2 kecik la, sebab kakak aku pon ade balik semalam. Menyesal tak pegi dari semalam2 lagi. TF pon aku tak jejak tau. Pergh~ Dasyat tol... Malam celik, siang membuta je ape tidak nye. Tak dapat pegi rumah nenek kat Trolak. Aku pon tak tau sangat jalan2 dekat2 rumah nenek tu. Banyak sangat jalan. Takpe lah. Cuti bulan depan ada lagi. Pastikan mana2 kerja yang terbengkalai tu kene buat jugak sebelum tarikh yang se-benar2 nye. Huhu. Oke... Nak tidur da. Esok nak bangun awal. Selamat malam. Semoga mimpi yang indah2 ye. 



Doa Sebelum Tidur :


بِاسْمِكَ اللّهُمَّ أَحْيَاوَأَمُوتُ

Ertinya :
Dengan nama-Mu ya Allah aku hidup dan mati.




NOTA KAKI : Semoga tidur dengan tenang. Huhu~






AHAD - 28/04/2012
8.30 pagi

...Selamat pagi! ;|
Doa selepas bangun tidur : 


اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِى أَحْيَانَا بَعْدَمَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُورُ

Ertinya :
Segala puji bagi Allah yang menghidupkan aku kembali setelah mematikan aku dan kepada Allah akan bangkit.

Bangun pagi pon kena dikejutkan oleh mak. Bukan nya aku tak boleh bangun sendiri. Tapi biasalah...mak kan...beliau takot anak bongsu beliau ni lambat bangun, lambat bersiap, dan lambat pulak pegi stesen bas. Pastu nanti kena tinggal bas pulak (tiket kul 10 pagi ni la psal nya) = =' . Sebab da pernah jadi. Wakaka! Tu oke lagi la...da bangun, pegi mandi pulak, then sarapan... Sepanjang masa yang berjalan tu, lepas seorang, seorang yang bagi tekanan kat aku. Stress aku di buat nya. Mula2 aku bersabar lagi... Takpe aku boleh layan mereka seperti biasa dan tidak pula menunjukkan sikap2 yang membantah. Aku da stress da tu sebenarnya. Da la bas pagi, mereka ni pulak push2 macam aku ni tak reti buat tak reti fikir. Aku kire da tak boleh tahan la tu kot, aku pon bangun dari duduk dan terlepas cakap ni "Haish! Nak sangat aku balik!", sambil bangun ambil HP dan beg sandang aku. Aku salam semua yang ada kat dlam rumah tu then pakai kasut pastu terus masuk dalam kereta. Dok diam je. Abang aku tanye sebenarnye tiket tu pukul berape? Aish, aku da takde mud, so aku senyap je tak nak jawab soalan tu. Sampai la kat stesen bas. Aku pon salam abang,kakak ipar aku dan anak buah aku yang kecik sekali. Pastu aku keluar bawak beg teros cari tempat duduk kat stesen bus tu. Jalan tak toleh depan belakang kiri kanan da. Punye bengang angin satu badan aku di buatnye! Ada lagi 35 minit untuk tunggu bas aku tu. Lantak lah! Da keluar air mata sikit je lah. Tak banyak pon. Ahaha. Aku tak paham betul la. Selalu macam ni, dari dulu sampai sekarang tak boleh ke buat aku ni rase sedih nak balik tu yang sedih nak meninggalkan rumah dan keluarga? Aku selalu mud tak baik atau kurang baik bila nak balik Shah Alam. Tak selalu aku mud baik pon. Pelik betul la. Semua nya sebab mereka2 jugak sebab terlalu merunsingkan kepala aku. Tau je la... Aku ni jenis yang selamber dan macam takde perasaan (kadang2 je) bila dengan famili.Lagi satu aku ni kuat protes. Hahahaha! Ni memang tak di nafikan lah ye. Huhu.. Sebenarnya, aku nak jugak berubah dan aku pon tak nak lah sikap yang macam ni. Huuhu. Aku berdoa jugak mohon kat Allah bagi la petunjuk kat aku ni, bagi lah aku hidayah-Nya, supaya aku ni berubah. Dari dulu sampai sekarang sama je. Berubah nye ada tapi tak banyak. Erm... Oke lah. Asyik nak merajok je... Stress3! Lepas solat tadi oke sikit lah. Aku ni bukan alim mane pon... Tapi bila ingat tu buat je lah, takkan da ingat pastu buat2 lupa pulak an~ Huhu. Banyak nya dosa aku... Ya Allah...


NOTA KAKI : Cepat2 lah aku berubah sikap ni! Huuhu!

April 28, 2012

Redha



Harapnya begitu lah. ;)
Amin...



Cari yang lain?



Ya...yang itu pasti. Kalau orang dah tak suka kita, buat apa kita nak tergedik2 kat dia lagi kan? Cari je la yang lain. Haha... Tapi melainkan kalau dia pulak yang terhegeh2 datang balik kat kita kan3. Yang tu tak pasti la jawapan nya macam mana. Aku masih lagi keliru dengan keadaan sekarang ni. Huhu. Semoga aku tabah dan cekal dalam menghadapi dugaan dalam mencari pasangan hidup aku. Amin..


April 27, 2012

OKE

Berdasarkan cerita2 aku 2 3 hari lepas. Rasa nya perlu ada push factor untuk aku buang perasaan ni kat dia. Buat lah aku sampai lupakan dia macam orang yang tak pernah kenal pon takpe. Itu lebih baik. Setelah aku meminta pandangan daripada beberapa orang kawan aku, semua nya bagi jawapan yang dukacita la. Yelah, mereka lelaki. Yang aku ceritakan kat mereka pon seorang lelaki. Mesti lah lelaki hanya boleh paham lelaki. Baru semalam cerita kat seorang kawan lelaki aku sebab dia pon ada kongsi cerita dengan aku tentang wanita yang dia minat. Hehe. Daripada pandangan dia, memang agak buat aku down tapi aku tak kesah pon dia cakap macam tu. Rasa nya bagus jugak apa yang dia cakap tu boleh buat aku sedarkan diri aku balik. Sebab aku macam dah mula nak berkhayal balik bila lelaki tu mula contact aku balik. Ada seorang kawan perempuan aku pon marah kat aku dan larang aku pergi negeri kat selatan tanah air tu kalau semata2 nak jumpa lelaki tu. Dia takot aku kecewa lagi. Kalau aku pergi sana sebab nak bercuti takpe lah. Kenapa aku beriya sangat nak pergi sana jumpa dia? Aku tak tahu lah semenjak dia dah 2 3 kali contact aku balik. Ayat kawan aku ni memang agak buat aku sentap tapi bagus jugak tu an.

  • "...dy mntk maaf sbb tu je
    bkn nk kt ko
  • sory to say r
  • dlm ati dy da xde ko
  • aq ckp sbg laki r
  • memandangkn ko kate dy rmai kwn pmpn an
  • bkn nk ko down ke ape
  • tp tula..."


Sedikit sebanyak membantu aku sedarkan diri aku semula kembali ke alam nyata. Betul jugak apa yang kawan aku cakap kan tu. Dia anggap aku kawan biasa2 dia je. Lagipon dia kan ramai kawan perempuan. Tak hairan lah kalau dia dah tak ingat kat aku. Tapi kalau tak ingat takkan dia mesej aku pulak? Erm..tah la...tak tahu lah aku apa yang sedang bermain kat dalam hati dan otak dia tu. 

Lagi, nasihat daripada kawan aku. Ayap. Kau sangat menyedarkan aku sekarang ni. Terima kaseh banyak2. Kau susah aku tolong, aku susah kau pulak tolong walau pon perkara kecik macam ni kan. Tapi pendapat dan nasihat kau untuk aku sangat2 berguna. Hehe. Seronok dapat kawan macam kau. Aku tau kau mula2 tak paham cerita aku kan. Lame2 kau paham jugak. Di antara nasihat kawan aku : 

"...xpyhla
klu dy msj ke ape wt xtaw je
bce blh tp jgn bls
so
pe dy leh wt pn
juz wt xtaw jela..."


  • "...dy blh lpekn ko tp ko xle lpekan dy
  • so
  • ko still nk gtu ke
  • ko pkirkn dy lg
  • tp dy pkirkn org len lak..."


    "...klu ko lyn prsaan ko gtu ko xkn kemane
    syaitan ni akn suh ko rindukan dy spy ko lalai
    ko smyg hajt jela sume tudoa muge2 klu dy bkn jdoh ko
    lpekn ko dr ingtkn dy
    insya ko ok
    bnde ni ko wt bkn dlm 2ari ko dpt
    mgkn mkn bulan r taon
    so kne r saba k
    bknnye dy sorg je yg ko ptot cintekan
    msih rmai yg de tuk ko berikan ati ko

  • ko cme rindu je
  • act ko xcntekn dy
  • mybe 1day ko akn sedar sume ni
  • n ko akn bncikan dy
  • cayela."



Aku akan cuba sekali lagi untuk buang perasaan ni. Jangan sampai aku lalai yang sebenarnya dia tak suka aku pon. Dia cuma layan kau macam kawan je. Ingat! Dia memang macam tu. Dia layan baik2 or selalu mesej tak bermakna dia suka balik kat kita. Ya Allah... Bantu lah hambaMu ini. Aku merasakan tidak mampu untuk menampung beban yang tidak seberat mana ni. Aku mohon kepadaMu Ya Allah... Berikanlah aku petunjukMu... Jika dia adalah orang yang terbaik bagi aku yang telah Engkau tetapkan, maka Engkau berikanlah aku satu jalan cerita yang bahagia bersama nya. Semoga aku memperolehi hidayahMu. Amin. Nidame Junior, be strong! Jangan tunjukkan kat orang yang kita ni lemah. Sekian.

Senyum penawar duka. ;)

April 24, 2012

HaPpY (~.^)


Ya Allah Ya Tuhanku...
Aku bersyukur kepadamu Ya Allah...
Kerana telah mengurniakan aku ramai kawan yang sangat baik.
Malam ni je aku rasa gembira sangat dengan kawan2 masa sekolah teknik dulu.
Hahah. Lawak gila. Memang jarang2 nak rasa gembira macam ni.
Bila ada seorang yang suka mengusik atau menyakat orang.
Pulak tu, dia pergi panggil kawan2 yang lain join sama.
Memang gamat la jadinya. Macam reunion di alam nyata. Padahal kat dalam FB je. Haha
1 malam, dalam masa tak sampai sejam boleh capai hampir2 300 komen kat status wall FB kawan aku ni.
Kira2 8 orang je yang komen. Haha
Lepas satu,satu lagi dorang bukak status wall tu. So, mana nak layan banyak2 tu.
Tapi the main status kat kawan perempuan aku punye wall.
Memang gamat gila. Da macam warung kat tepi jalan je.
Siap nak oder2 makan pulak yang di cipta oleh seorang lagi kawan.
Asal nya dia saja2 nak menyakat kawan aku yang perempuan ni.
Aku pulak ternampak status tu.
Aku pon join jugak dan cakap nape tak ajak aku sekali.
Lepas tu bukan aku je, ramai lagi kawan2 sekolah dulu dia ajak jugak.
Tapi memang best! Gembira hati ni. Hehe
Sebab dah banyak sangat komen2 aku rasa macam nak muntah pulak.
Da tak terlarat nak layan. Lepas satu, satu dorang wat status. Haha
Bila da agak reda sikit, aku pergi la kat HOME.
Nampak la satu status member poli aku pulak.
Baca punya baca, eh kat mana pulak topik yang dorang bincang tu.
Rupa2 nya aku da tertinggal satu cerita la ni.
Sebab dok sebuk sangat layan kawan2 sekolah teknik tadi.
Dorang kecoh2 pulak pasal kawan aku sorang lagi nak bertunang.
Hah? Aku terkezut dalam hati la.
Terkezut tu sebenarnya gembira lagi sekali sebab ada sorang lagi member nak bertunang. Hehe
Tengok...lepas sorang,sorang nak bertunang. Haha
Dalam masa yang sama aku gembira ni. Aku ada terfikir sesuatu...
Macam mana la dengan budak yang sorang lagi tu? Boleh ke dia terima hakikat ni?
Tibe2 pulak aku fikir pasal dia dan rasa kasihan pulak. Erm...
Maybe sebab aku seorang kawan yang concern terhadap perasaan kawan nya.
Maybe aku pon pernah rasa perasaan yang sama macam yang dia rasa.
Nanti aku pulak yang nak kena tenangkan dia. Ah...sudah...
Erm...ceh! Macam poyo je statement aku ni. Haha
Lantak dia lah nak rasa macam mana pon dengan berita ni, kan?
Baik pulak aku kannn~~~ Haha!
Aku nak tunggu dan lihat je apa yang bakal berlaku. ;)


NOTA KAKI : Kepada kawan yang nak bertunang tu, selamat bertunang dan semoga bahagia. ;) Aku tumpang gembira untukmu wahai kawanku! 

April 23, 2012


HAHA!

Giler ke ape aku ni! 
Belom ape2 lagi da usha2 hotel, nak cari tempat menginap nak pergi bercuti nanti.
Over nye aku. Haha!
Hati aku ni sangat2 melonjak2 nak pergi sana.
Taktahu kenape lah.
Buang tebiat agaknye.

Tolong lah~
Jangan lah macam ni.
Aku taknak ade ape2 kaitan lagi dengan kau.
Wahai hati tolong lah kuat!
Amin..


Selatan Tanah Air


KEINGINAN nak pergi Selatan Tanah Air buat aku jadi sangat teruja nak pergi sana. Lagipon memang seumur hidup aku tak pernah jejak negeri tu. HAHA. Macam kesian je kat aku ni kan~~. Erm..lagi pulak ada orang yang pernah aku tutt~ kat sana. Kalau diikotkan buat apa aku nak bersusah payah, membazir tenaga, duit dan masa nak pergi sana semata-mata nak jumpa dia. Bukan ada apa pon. Kawan2 biasa je. Rasanya dah lama dah aku tak pikir benda ni. Sebab dia jugak la ni.. Tiba2 je 2 hari lepas dia ajak chatting pulak kat FB. Aku ni suka terkejot dan rasa pelik sikit la kan. Yelah, dah la tiba2 je,mau tak pelik aku di buat nya. Dulu2 tak pernah nya macam tu, dulu2 lain perangainya (taktau la kalo da b'ubah an3, sejak yang dia minta maaf tuu.haha). Sembang2, terkeluar pulak ayat cabar-mencabar aku nak datang ke negeri tempat dia kerja tu. Aku rasa macam teruja pulak nak pergi (sebab nak jumpa dia la kan.erm..). Tapi dalam hati aku berkata-kata, kalau aku pergi sana apa la reaksi dia, macam mana dia nak layan aku nanti, dan yang penting aku ni boleh ke nak bersua muka dengan dia?? Tapi rasa nya boleh kot, sebab aku dah anggap dia kawan2 je. Aku akan cuba sedaya upaya nak kawal perasaan aku nanti (wah..da berangan macam mana nak menghadapi situasi.haha). Tapi dia mula2 cakap tak payah la, buat susah2 aku je. Kalau aku la, suka hati aku la kan. Haha.

Sebenarnya, aku rasa biarlah senyap je macam sebelum2 ni. Walaupon tercongok muka online kat FB tu, biarlah buat tak tahu je, buat2 tak kenal pon takpe. Sekarang ni buat aku rasa...aish! Entah lah. Lagi nak jauhkan diri, lagi dia datang dekat. Pening aku dibuatnya. Dah ni cuti mid-sem, buat aku rasa nak pergi kampung dia pulak. Erm.. Yang seorang lagi tu, senyap je bila aku mesej. Cis! Start dari jumpa hari tu. Lantak ko lah, ko senyap, aku pon senyap. Ok! WTH! Ramai adik2 kan sekarang. Layan je lah kannn~~ Hahaha...!!!!

April 21, 2012

Kebarangkalian!

Halooooooooooooo!
Da lama sangat tak menulis blog ni kan~~
Erm..sebab busy.Tak ada masa nak bukak sangat.Kadang2 terlupa,asek bukak fb je.huhu

Hari ni dapat lagi kejutan.Lahai..nape la..why me??
Huhu..tiba2 dia chat aku.Terkezut gak aku.Sebab tak pernah2 kot.Dulu masa mula2 ada la,aku la yang stat dulu tapi dia dulu kan garang2 macam singa gitu.Menyampah tol time tu.Tapi tadi dia tak macam dulu la.Suke mara2 aku.Ayat sume tak boleh blahh.Tak tau la sebab lepas dia mintak maaf hari tu ke dia jadi baik je (tak ada la baik sangat tapi lebih baik sikit la dari yang dulu.haha).Bila chatting dengan dia kali ni rasa macam pelik sikit dia ni...(ei,tak3! tu mungkin hanya mainan perasaan je.Dia memang jenis yang macam tu.erm..). Pastu, dia cakap ada jugak orang nak pandang status dia, pastu dia cakap macam la aku ni nak pandang dia. Ai dulu aku selalu je pandang dia,dia tak kesah pun kan. Lagi pun, apa nak kesah kalo stakat aku sorang je yang tak pandang dia. Kan ramai lagi perempuan2 lain yang nak pandang dia. Macam la dia nak pandang aku. Huh! Buat ayat kasihan sangat... Yang menarik nya,dia cabar aku suruh datang negeri yang dia kerja sekarang kalau nak tengok dia tu kedekot ke tak (sebab aku suruh dia belanja aku,tapi aku cakap dia kedekot.hehe).Dia kata aku ni cakap je lebih,bukan datang pon.Haha.Dia ni...aku memang dah lama simpan niat nak pergi tempat dia tu nak jumpa dia.Gila tak aku ni????(Agak la..haha).Lepas tu aku test dia,aku tanya "ko rase aku datang ke x? heheh".Haa...hahaha.Saiko gitu..Then,dia jawab "X.Ok kan" (apa yang ok tah.haha).Lepas tu aku jawab balik, "if aku datang betul2 camne???". Agak lame jugak la dia balas. Dia balas "brbsr hati'' je! Lepas tu aku saiko lagi.hahah.aku cakap,"wow.yeke b'bsr aty?tah2 x suke aku dtg sane.an~~ ermmm".Agak lama jugak tu...dia balas,"mmmmmmm" je.Aku pun rasa macam tak seronok je.Aku pun cakap la,"erm..da taw da.so,batal an je niat nk g *****.tym 2 sleep.chaow~".macam tu je.lepas tu aku sign out la.haha.biarkan dia ingat aku merajuk.hahah







NOTA KAKI : Tiba2 nak chatting ngan aku pulak.Dah kena saiko dengan aku.Menipu la dia tak boring tym kerja malam.Mesti la sebab boring la dia chat aku.Ceh! Tu pon tak nak mengaku.Eeeeeeeeee...Tahapahapatah.Huh!