May 31, 2012

MMT (Minggu Mesra Taman)

Assalammualaikum...
Haa...ni lah hari yang di-tunggu2 selama ni. Sebab da tangguh hari tu, cuti kali ni baru jadi. Huh! Seronok...mula2 nya. Tak seronok bila senior tu wat sesi kaunseling pulak. Dah aku rase laen macam da ngan senior2 ni. Tapi kalau dipikirkan alek memang elok dan betol la apa yang diorang buat tu. Erm...camping kali ni sangat dekat la ngan rumah aku. Kat Tapah je, D'Alam Damai Campsite, Chenderiang. Dekat ngan Lata Kinjang. Asal lah diorang tak cakap awal2. Takkan mase buat servey tak tau kem tu dekat ngan tempat ape. Tah la..bia la. Sekarang ni nak cerita pasal MMT. Hehe. Kan aku da agak da...Ade seorang senior ni mang senior mase kat poli dulu, senior Taekwondo la tapi... Ape yang bes nye mase kem tu. Haa.. Kat sane baru la kite nampak diri mereka yang sebenar2 nye mane yang kite tak nampak lagi la kan. Haha. Di samping leh kenal2 dengan senior2, nak ngorat tak dapat lah pulak. Haha. Erm...malam pertama je aku tido kat luar khemah dengan Jaja. Nyamuk memang banyak tapi da pasang ubat nyamuk da oke la kan. Malam kedua...erm..mang tak leh blah la..nyamuk dia MasyaAllah...macam ape je. Banyak giler! Da tu panas pulak tu. Baru dapat lelap jap pastu aku bangun ngan Jaja sebab tak tahan nyamuk banyak. So,kitorang pon masuk la dalam khemah. Erm... Baru la selesa tidur tapi tak cukup tidur sebab tidur agak lewat. Kat sane ade wat aktiviti flying fox, abselling, pastu jungle tracking, masuk dalam ayor. Da la orang tengah ABC. Huhu. "No excuse" kate nye... Nak wat macam mane, redha je la... Huhu. Dan ade 1 babak yang tak leh di lupakan la...aku punye group trio ni...hahha. Kelakar kot dengan kasot yang same pattern, saiz pon same.. Sebab beli same2. Haha... K la... kat bawah ni sedikit sebanyak gambar yang boleh dikongsikan. ;)






May 21, 2012

KU Pinang KAU Dengan Bismillah . . .


Tuhan memberikanku cinta
untuk ku persembahkan hanyalah padamu
Dia anugerahkanku kasih
hanya untuk berkasih berbagi denganmu
atas restu Allah ku ingin milikimu
ku berharap kau menjadi yang terakhir untukku
restu Allah ku mencintai dirimu
ku pinang kau dengan Bismillah

hampa terasa bila ku tanpamu
hidupku terasa mati jika ku tak bersamamu
hanya dirimu satu yang aku inginkan
ku bersumpah sampai mati hanyalah dirimu (hanyalah dirimu)

atas restu Allah ku ingin milikimu
ku berharap kau menjadi yang terakhir untukku
restu Allah ku mencintai dirimu
ku pinang kau dengan Bismillah

atas restu Allah ku ingin milikimu
ku berharap kau menjadi yang terakhir untukku
restu Allah ku mencintai dirimu
ku pinang kau dengan Bismillah



Kalau orang itu adalah LSSBoleh?
Hmm... Mustahil...


May 16, 2012

Kitab Terfaktab Edisi Kedua



Haha...dapat jugak beli buku ni.
Beli semalam kat UiTM.
Erm...kebetulan ada satu group yang menjual buku2 yang diterbitkan sama dengan buku ni.
Tak ingat apa nama group diorang ni...
Tak sangka TERbeli...RM20 pulak tu.
Kecik macam novel dan nipis. RM20 saya ulangi sekali lagi.
Haha..tapi tak abeh baca lagi.
Esok baru nak baca k.
Pastu bagi roomate pulak baca,then bagi kat siapa2 yang nak baca lah kan,
Siapa2 yang teringin nak tahu apa kandungan nya,
Kena la beli jugak kan3...



"Nakal tapi halal"
;)



NOTA KAKI : Nice and sweet. Hehe



May 9, 2012

Oral Test


NIHON-GO~~~~

Adoyai...
Ingat aku suka sangat ke Bahasa Jepun ni?
Ni pon sebab dah takde pilihan lain.
Nak ambik Korean tapi dah tak boleh dah hari tu.
Huhu. Sedih.
Nasib baik Listening Test hari tu 9/10.
Hahah! Macam tak percaya pulak.
Nak ambik Mandarin,macam susah je. Haha
Tapi...aku ada jugak ambik kelas Mandarin under Kolej punye.
Hehe. Saja nak banyakan bahasa.
Sekurang-kurangya aku ada jugak reti bahasa Mandarin kan.
Erm...
Nak menghafal Nihon-go ni ha..erm

Sayonara..


May 7, 2012

Nak remove tak?


Patot atau tidak patot??

Aku rasa nak remove je kau,taw tak?!





NOTA KAKI : Tengok...membuatkan aku post banyak2 kali dalam sehari. Haish!


Erm...eeee!!!


Erm...asyik dengar lagu Percaya Padaku je! Ish!
Haish! Bila la nak hilang perasaan bila dengar lagu ni.
Rimas betul aku rasa.
Lagi 1!
Lagu Dadali tu.
S**t!!!
Di Saat Aku Mencintaimu????
Benci gila dengan dua2 lagu ni. Huh!




NOTA KAKI : Hujan lebat di kala ini. Aku rasa nak tidur je. Sebab sejuk. Agak sukar nak dapat tidur time2 macam ni. Tapi kena study. Huhu!!!


May 6, 2012

Christina Perri - A Thousand Years (Official Music Video)

Untuk kali ini.
Selagi aku mampu tanggung segalanya. ;)
(Yerk~~ Haha!)


One step closer...

I have died everyday waiting for you
Darling don't be afraid I have loved you
For a thousand years
I'll loved you for a thousand more



NOTA KAKI : Lagu ni sedih kan? Huhu~

May 5, 2012

'Percaya Padaku!!!'


Aku suka dengar lagu kat radio.
Radio pilihan adalah radio era.fm.
Sebab DJ nya pon kelakar gila.
Lagi2 segmen JOHARA pagi2 buta tu.
Buat aku gelak sorang2. Haha.
Dan...
Kalau aku dengar radio, tak sah kalau tak dengar lagu Ungu - Percaya Padaku ni.
Haish. Nak buat macam mana.
Redha je lah dengan apa yang berlaku. Huhu.




NOTA KAKI : Semoga hati ini tetap macam sekarang. Tiada apa2. Kosong. Lagi senang. Tak serabut kepala otak nak fikir pasal orang lain. Fikir pasal kerja yg berlambak2 pon dah buat aku serabut. Memang takde masa nak fikir pasal hati dah. ;)


May 3, 2012

Hate


Haish! Aku paling tak suka dan agak benci jugak la kan bila kita dengar radio lepas tu keluar pulak lagu2 yang pernah kita buat dia jadi lagu yang ada kaitan dengan hidup kita pulak kan. Lagu2 tu mesti la yang sedih2 kan, kalau yang gembira2 tu takpe la kot. Erm...lagu2 tu boleh buat aku teringat masa bila kita mula suka lagu tu, kenapa kita suka dengar lagu tu suatu masa dulu. Lagi pulak, di tambah dengan hasutan syaitan yang buat kita suka sangat fikir dan imbas balik peristiwa2 yang dah lepas yang buat kita sedih tu la...dan yang tak tahan nya dan buat sakit hati bila dengar lagu tu dan menghayati pulak lagu tu sampai boleh rasa macam mana perasaan masa kita ada krisis or what ever la kan. Kira nya lagu tu menusuk ke kalbu la. Erm... Tu yang rasa benci gila bila boleh rasa balik perasaan sakit masa tu. Huhu~ Tak suka! Tak suka! Tak suka!

May 2, 2012

Lagu sedih je sume. Hampeh punye radio!

Erm...aku da agak da. Kalau kite yang mula kan dulu, jangan harap la dia nak layan. Semalam cuti Hari Pekerja. Aku wish kat dia Happy Labour Day, aku ingat dia tak cuti. Tapi saja taip cakap dia cuti ek hari ni. Hahah. Aku da agak da dia kerja jugak. Mesej dua kali je. Ayat dia je macam nak tak nak layan je. Erm...aku paham da tu. Aku buat2 ayat kesian. Dia reply cenonet je "Ye..". Hahah! aku pon malas da nak mesej. Tak tahu nak bagi sembang topik apa. Balas pon 2 3 jam sekali. Dia tengah kerja agaknye, orang tak cuti kena kerja pulak kan, mesti takde mood. Haha. Kalau dia yang mula dulu, pergh... Ayat starting je da nampak sangat dia gembira. Kita pon dengan gembira balas jugak. Kata kawan2... Takpe2, sambil2 tu aku nak tengok eksperimen aku ni ada hasil lagi ke tidak. Tunggu je berapa hari atau minggu atau bulan lagi. Apa reaksi dia kan~~~ Lagi satu, dari malam semalam sampai pagi ni, aku dengar radio Era.fm asyik dengar lagu sedih2 je. Hampeh betul radio ni. Sambil2 buat assignment tu terpaksa layan jugak lagu tu sebab malas nak dengar dan layan budak2 bilik aku. Haha. Entah la.. Tiba2 hati rasa takde mood nak layan mereka. Layan2 jugak tapi aku senyap je buat kerja. Pulak dengar lagu2 sedih tengah2 malam kan. Aku pon terkena la effect lagu2 sedih tu tapi tak mampu nak nangis dengan air mata, nangis dalam hati je la dengar lagu2 tu. Huhu. Tapi serius la...memang lagu2 yang aku selalu dengar. Lagu2 sedih. Sekarang ni pon tengah dengar jugak sambil menaip ni. Huhuhu. Hahah. Jadi nya, dengan apa yang aku doa kan lepas solat tu. Petunjuk da terang2 da dapat. Sekejap je Allah da tunjuk kan kat aku. Jadi apa lagi kan? Faham2 je la ye Nidame Junior. Senyum lah selalu.



NOTA KAKI : Jangan ada apa2 harapan lagi dalam hati. Sila lah buang. perjalanan masih panjang dan jauh, jika diizinkan Allah dan dipanjangkan umur, tentu panjang dan jauh perjalanan yang aku tempuhi. ;)