July 7, 2012

Nak share 1 link...




Baca lah. ;)

Halo0!!! ;)


Waaaa~~
Lame nye tak tulis blog ni. Emm sebab busy sangat dengan esaimen dan final exam! Huhuhu. Banyak benda yang berlaku sepanjang aku tak tulis blog ni. Tapi disebabkan takde mase tu, so tak dapat la nak conteng2 kat sini. Sekarang ni baru rase macam kesian pulak kat blog aku ni. Takde pape berite. HAHAHA. Da masuk bulan July pulak tu. Macam2 aktiviti pulak yang aku buat di kale hampir2 nak exam ni kan. Memang buat kerja giler pon. 

Contohnye, hari tu mule2 pergi jalan2 kat uptown seksyen 24 je, pastu boleh pulak pergi lepak2 kat KL woo! Haha...then, takde dalam perancangan...kami pergi genting highlands! Hahaha. Tu minggu lepas la... Tapi memang ah... Giler... Before exam je pergi berjalan sakan. HAHA! Alasan taknak stress la nak exam ni. Hahaha. But itu semua pengalaman dan kenangan yang menyeronokkan~~ Hehehe. Semalam baru je pergi pesta bunga kat putrajaya bersame kawan2 saye iaitu Jaja especialy la. Sebab dia la driver. Hehe. Yang lain, Aizue, Din and Ardi. Heheh. 

Next week pulak balek diamond bay la. Pastu ade temu janji dengan Doc. Waaaa~~~ Then, lagi 2 minggu nak puasa weh~~~~ Cuti yang menyeronokkan ke tak ea? Erm... Kalo nak kerja time cuti ni, mesti susah nak dapat cuti mase raye nanti. Ish! Benci nye!! Tapi, ni nanti lah baru fikir. Malas nak fikir sekarang. Hahahah!

Oke... Nak berehat sebentar! ;p


June 18, 2012

Sedih ;(

Sedih pulak rasa nya bila dah nak hujung2 semester ni. Lagi2 kepada budak2 Part 6. Lagi2 Asyraf Clair, Adie Mok and Kabuto Boboy. Aku hanye rapat dengan dorang ni je buat mase ni. Agak lambat kitorang berkenalan. Sebab MMT (Minggu Mesra Taman) tu buat lewat sikit. Taktau kenapa aku rasa sedih and sebak bila baca status2 dorang yang cakap lagi 2 minggu je nak bersama. Aku pon agak sedih la sebab mane2 senior yang aku kenal dan jadi agak rapat ni tak lame lagi aku takkan jumpe lagi da. Lagi2 senior yang lelaki. Yang perempuan tak rapat sangat pon. HAHA. Dasyat betol aku. Baru je jumpa dorang mase kat Dinner PAMS hari Jumaat hari tu kat Hotel De Palma. Waaa~~ Aku rase sangat2 gembire! ;) Lagi2 dapat bergambar dengan orang yang aku admire tu!!! Lalalala~~ Dan rate2 gambar aku dengan lelaki sahaja. Perempuan kurang. HAHA. Aku pon taktau kenape jadi macam tu. Aku tetibe bangun subuh2 ni... Sedih pulak rase nye.. Dorang macam sangat sporting... Senior pon da sebaye aku.. Tapi aku mengaku aku la adek dorang dan aku lebih muda dari dorang, padahal umur lebih kurang same dan ade yang same. Hmmm... Sebak nye hati aku ni... Baru nak manje2 dengan senior tapi da tak lame lagi dorang takde. Next semester dorang takde. HUHU ;( . Touching nye hati aku ni.. Kenape ea?? Dan aku pasti akan merindui dorang mase cuti ni nanti. Termasuklah budak2 kelas aku. Bila da rapat dan hubungan oke, mesti jadi macam ni. Huhuu~ 

Lumrah alam. Adat manusia biasa. Ade pertemuan pasti ade perpisahan. Sedikit sebanyak gambar mase dinner hari tu  ;(


Nidame Jr - Part 1

Senior Part 6 - Asyraf Clair.

Senior Part 6 - Adie Mok (Kanan aku), Radhi (Kiri aku-tak kenal sangat.Heh..)


Nah...yang penting sekali dapat bergambar dengan 'pacik' saye.HAHA..


Senior Part 6 - Kabuto Boboy! K-pop style kate nye. Hee~ 


Lagi...oppss!! Perot agak muncit di situ..Huhuh


Eh..yang ni bukan senior2 aku. Ni geng masketeers aku.Hahah
-Khai.Aku.Ardi-


Bila la boleh jumpa lagi dengan senior2 ni. Senior2 Part 5 yang akan naik Part 6 tu tak tau lagi macam mane. Huhuh. I gonna miss u senior! Konvo dorang aku pasti pergi! Yeah!! ;')




NOTA KAKI : Dinner PAMS ni tema dia Black Red Masquerade.



June 3, 2012

Exotic Reunion

Tema : Exotic
Ahli : 7 orang je (Aku, Sob2, Ayap, Paly, Wafie, Sepet n Yam)
Tarikh : 02 Jun 2012, Sabtu
Tempat : Mid Valley Megamall, KL
Masa : Dari tengah hari sampai malam. ;)

Gembira la. Sangat2 gembira dapat jumpa kawan2 sekolah dulu. Kalau sebelom ni jumpa tapi tak berapa nak tegur pon n selalu tegur dalam FB je, tapi semalam... boleh dapat duduk semeja, makan2 bersama, gelak2 bersama. Hahaha. Tapi aku macam tak berapa nak gelak sangat la. Mereka je yang sangat seronok. Sebab aku amcam taktau ape2 yang mereka bualkan. Kadang2 aku menyampok je sikit2. Hahah. Tapi kasihan kat mereka sebab nak layan kerenah aku satu je...bab makan! Hahah. Aku da lapar giler, waktu makan tengah hari pon da terlepas...jam menunjukkan pukul 3. Jalan2 sana sini sebab nak tunggu seorang lagi kawan an. So,lepas tu decide nak makan apa dan kat mana.. Mereka nak makan McD je coz senang kot. Aku sebenar nye da boring jugak makan McD je. Hahaha. Lagipon perot tu lapar sangat nak makan yang berat2,macam nasik! Huhu..Lepas tu mereka cakap aku pergi la beli nasi,then mereka beli McD take away makan sama2 dengan aku. Lepas tu aku taknak la macam tu. Terpisah sana sini.. Jadi nye aku pon terpaksa dalam rela ikot la jugak pergi makan McD. Haa...selera bes0 la kate kan..Order la Big Mac.. Amek kaw! tak muat mulot aku nak nganga. Hahah.. Tapi macam belom kenyang la.. Hahah.. Lepas tu mereka suroh aku abeh kan french fries tu... Memang aku yang abehkan la pon. Bongok la mereka2 ni.. Baru mereka tau aku macam mana sebenarnya. Erm... Lepas tu pergi jalan2, tangkap2 gambar, pergi maen cat2, teman Yam pergi kedai buku MPH.. Lepas tu aku start lapar balek. Aku da cakap kat mereka ni aku rasa nak makan laksa la sebab mereka asyik sebot2 pasal laksa la, ayam golek la (sebab mereka nak 'bahan' Sepet and Paly.hahaha). Mereka ingat aku maen2 agak nye... Haa... Syok sangat bersembang kat tengah2 jalan tu... Maybe mereka tengok muka aku da laen kan, tu yang mereka pon cepat2 la decide pergi tempat nak minum2. Haa...tau pon takot. Hahah.. Memang pergi foodcourt...and memang aku je yang pergi order makanan. Mereka order air je... Lepas tu Paly pon menyusul jugak beli makanan.. Pergh... Baru dapat makan nasik and kuah tomyam.. Mak aih... Tomyam dia pedas,mang kaw! Huh!
Lepas lepak2 kat foodcourt tu baru balek... Hmmm...baru 7 orang an... Kalo lagi ramai macam mana la agaknye an..mesti asek kena bahan je ngan budak 3 eko tu (TRIO) ---> Wafie, Ayap n Sob2.
Di bawah ni gambar2 aku dengan mereka semalam... ;)

Padan muka korang. Hahah!

Bersama Wafie, Sepet and Cekgu Yam..

Kat kedai Toys

Maen cat2... Macam kartunis an?

Ni hasil nye maen cat2 ;)

TRIO : Mereka yang macam dah kena rasuk! grrr!!



NOTA KAKI : Tak sanggup nak berpisah.. Rasa nak bermalam bersama2, nak berkumpul sama2 lebih lama. Huhu!

June 1, 2012

Jun da datang . . . ==' erk~

Sangat pantas masa berlalu.. Sekarang dah masuk bulan Jun.. Bulan yang aku tunggu2 tiap2 tahun la.. Dan.. Kali ni rase nye kali pertama aku sambut bukan kat rumah. Sambut? Sambut ape?? Jeng3.. Hahaha.. Kita tunggu dan lihat sahaja apa yang akan berlaku nanti. Huhuhu.. Lagi 7 hari... Dan kenapa hati ini masih mengharapkan benda yang tak pasti... ;(

May 31, 2012

MMT (Minggu Mesra Taman)

Assalammualaikum...
Haa...ni lah hari yang di-tunggu2 selama ni. Sebab da tangguh hari tu, cuti kali ni baru jadi. Huh! Seronok...mula2 nya. Tak seronok bila senior tu wat sesi kaunseling pulak. Dah aku rase laen macam da ngan senior2 ni. Tapi kalau dipikirkan alek memang elok dan betol la apa yang diorang buat tu. Erm...camping kali ni sangat dekat la ngan rumah aku. Kat Tapah je, D'Alam Damai Campsite, Chenderiang. Dekat ngan Lata Kinjang. Asal lah diorang tak cakap awal2. Takkan mase buat servey tak tau kem tu dekat ngan tempat ape. Tah la..bia la. Sekarang ni nak cerita pasal MMT. Hehe. Kan aku da agak da...Ade seorang senior ni mang senior mase kat poli dulu, senior Taekwondo la tapi... Ape yang bes nye mase kem tu. Haa.. Kat sane baru la kite nampak diri mereka yang sebenar2 nye mane yang kite tak nampak lagi la kan. Haha. Di samping leh kenal2 dengan senior2, nak ngorat tak dapat lah pulak. Haha. Erm...malam pertama je aku tido kat luar khemah dengan Jaja. Nyamuk memang banyak tapi da pasang ubat nyamuk da oke la kan. Malam kedua...erm..mang tak leh blah la..nyamuk dia MasyaAllah...macam ape je. Banyak giler! Da tu panas pulak tu. Baru dapat lelap jap pastu aku bangun ngan Jaja sebab tak tahan nyamuk banyak. So,kitorang pon masuk la dalam khemah. Erm... Baru la selesa tidur tapi tak cukup tidur sebab tidur agak lewat. Kat sane ade wat aktiviti flying fox, abselling, pastu jungle tracking, masuk dalam ayor. Da la orang tengah ABC. Huhu. "No excuse" kate nye... Nak wat macam mane, redha je la... Huhu. Dan ade 1 babak yang tak leh di lupakan la...aku punye group trio ni...hahha. Kelakar kot dengan kasot yang same pattern, saiz pon same.. Sebab beli same2. Haha... K la... kat bawah ni sedikit sebanyak gambar yang boleh dikongsikan. ;)






May 21, 2012

KU Pinang KAU Dengan Bismillah . . .


Tuhan memberikanku cinta
untuk ku persembahkan hanyalah padamu
Dia anugerahkanku kasih
hanya untuk berkasih berbagi denganmu
atas restu Allah ku ingin milikimu
ku berharap kau menjadi yang terakhir untukku
restu Allah ku mencintai dirimu
ku pinang kau dengan Bismillah

hampa terasa bila ku tanpamu
hidupku terasa mati jika ku tak bersamamu
hanya dirimu satu yang aku inginkan
ku bersumpah sampai mati hanyalah dirimu (hanyalah dirimu)

atas restu Allah ku ingin milikimu
ku berharap kau menjadi yang terakhir untukku
restu Allah ku mencintai dirimu
ku pinang kau dengan Bismillah

atas restu Allah ku ingin milikimu
ku berharap kau menjadi yang terakhir untukku
restu Allah ku mencintai dirimu
ku pinang kau dengan Bismillah



Kalau orang itu adalah LSSBoleh?
Hmm... Mustahil...


May 16, 2012

Kitab Terfaktab Edisi Kedua



Haha...dapat jugak beli buku ni.
Beli semalam kat UiTM.
Erm...kebetulan ada satu group yang menjual buku2 yang diterbitkan sama dengan buku ni.
Tak ingat apa nama group diorang ni...
Tak sangka TERbeli...RM20 pulak tu.
Kecik macam novel dan nipis. RM20 saya ulangi sekali lagi.
Haha..tapi tak abeh baca lagi.
Esok baru nak baca k.
Pastu bagi roomate pulak baca,then bagi kat siapa2 yang nak baca lah kan,
Siapa2 yang teringin nak tahu apa kandungan nya,
Kena la beli jugak kan3...



"Nakal tapi halal"
;)



NOTA KAKI : Nice and sweet. Hehe



May 9, 2012

Oral Test


NIHON-GO~~~~

Adoyai...
Ingat aku suka sangat ke Bahasa Jepun ni?
Ni pon sebab dah takde pilihan lain.
Nak ambik Korean tapi dah tak boleh dah hari tu.
Huhu. Sedih.
Nasib baik Listening Test hari tu 9/10.
Hahah! Macam tak percaya pulak.
Nak ambik Mandarin,macam susah je. Haha
Tapi...aku ada jugak ambik kelas Mandarin under Kolej punye.
Hehe. Saja nak banyakan bahasa.
Sekurang-kurangya aku ada jugak reti bahasa Mandarin kan.
Erm...
Nak menghafal Nihon-go ni ha..erm

Sayonara..


May 7, 2012

Nak remove tak?


Patot atau tidak patot??

Aku rasa nak remove je kau,taw tak?!





NOTA KAKI : Tengok...membuatkan aku post banyak2 kali dalam sehari. Haish!


Erm...eeee!!!


Erm...asyik dengar lagu Percaya Padaku je! Ish!
Haish! Bila la nak hilang perasaan bila dengar lagu ni.
Rimas betul aku rasa.
Lagi 1!
Lagu Dadali tu.
S**t!!!
Di Saat Aku Mencintaimu????
Benci gila dengan dua2 lagu ni. Huh!




NOTA KAKI : Hujan lebat di kala ini. Aku rasa nak tidur je. Sebab sejuk. Agak sukar nak dapat tidur time2 macam ni. Tapi kena study. Huhu!!!


May 6, 2012

Christina Perri - A Thousand Years (Official Music Video)

Untuk kali ini.
Selagi aku mampu tanggung segalanya. ;)
(Yerk~~ Haha!)


One step closer...

I have died everyday waiting for you
Darling don't be afraid I have loved you
For a thousand years
I'll loved you for a thousand more



NOTA KAKI : Lagu ni sedih kan? Huhu~

May 5, 2012

'Percaya Padaku!!!'


Aku suka dengar lagu kat radio.
Radio pilihan adalah radio era.fm.
Sebab DJ nya pon kelakar gila.
Lagi2 segmen JOHARA pagi2 buta tu.
Buat aku gelak sorang2. Haha.
Dan...
Kalau aku dengar radio, tak sah kalau tak dengar lagu Ungu - Percaya Padaku ni.
Haish. Nak buat macam mana.
Redha je lah dengan apa yang berlaku. Huhu.




NOTA KAKI : Semoga hati ini tetap macam sekarang. Tiada apa2. Kosong. Lagi senang. Tak serabut kepala otak nak fikir pasal orang lain. Fikir pasal kerja yg berlambak2 pon dah buat aku serabut. Memang takde masa nak fikir pasal hati dah. ;)


May 3, 2012

Hate


Haish! Aku paling tak suka dan agak benci jugak la kan bila kita dengar radio lepas tu keluar pulak lagu2 yang pernah kita buat dia jadi lagu yang ada kaitan dengan hidup kita pulak kan. Lagu2 tu mesti la yang sedih2 kan, kalau yang gembira2 tu takpe la kot. Erm...lagu2 tu boleh buat aku teringat masa bila kita mula suka lagu tu, kenapa kita suka dengar lagu tu suatu masa dulu. Lagi pulak, di tambah dengan hasutan syaitan yang buat kita suka sangat fikir dan imbas balik peristiwa2 yang dah lepas yang buat kita sedih tu la...dan yang tak tahan nya dan buat sakit hati bila dengar lagu tu dan menghayati pulak lagu tu sampai boleh rasa macam mana perasaan masa kita ada krisis or what ever la kan. Kira nya lagu tu menusuk ke kalbu la. Erm... Tu yang rasa benci gila bila boleh rasa balik perasaan sakit masa tu. Huhu~ Tak suka! Tak suka! Tak suka!

May 2, 2012

Lagu sedih je sume. Hampeh punye radio!

Erm...aku da agak da. Kalau kite yang mula kan dulu, jangan harap la dia nak layan. Semalam cuti Hari Pekerja. Aku wish kat dia Happy Labour Day, aku ingat dia tak cuti. Tapi saja taip cakap dia cuti ek hari ni. Hahah. Aku da agak da dia kerja jugak. Mesej dua kali je. Ayat dia je macam nak tak nak layan je. Erm...aku paham da tu. Aku buat2 ayat kesian. Dia reply cenonet je "Ye..". Hahah! aku pon malas da nak mesej. Tak tahu nak bagi sembang topik apa. Balas pon 2 3 jam sekali. Dia tengah kerja agaknye, orang tak cuti kena kerja pulak kan, mesti takde mood. Haha. Kalau dia yang mula dulu, pergh... Ayat starting je da nampak sangat dia gembira. Kita pon dengan gembira balas jugak. Kata kawan2... Takpe2, sambil2 tu aku nak tengok eksperimen aku ni ada hasil lagi ke tidak. Tunggu je berapa hari atau minggu atau bulan lagi. Apa reaksi dia kan~~~ Lagi satu, dari malam semalam sampai pagi ni, aku dengar radio Era.fm asyik dengar lagu sedih2 je. Hampeh betul radio ni. Sambil2 buat assignment tu terpaksa layan jugak lagu tu sebab malas nak dengar dan layan budak2 bilik aku. Haha. Entah la.. Tiba2 hati rasa takde mood nak layan mereka. Layan2 jugak tapi aku senyap je buat kerja. Pulak dengar lagu2 sedih tengah2 malam kan. Aku pon terkena la effect lagu2 sedih tu tapi tak mampu nak nangis dengan air mata, nangis dalam hati je la dengar lagu2 tu. Huhu. Tapi serius la...memang lagu2 yang aku selalu dengar. Lagu2 sedih. Sekarang ni pon tengah dengar jugak sambil menaip ni. Huhuhu. Hahah. Jadi nya, dengan apa yang aku doa kan lepas solat tu. Petunjuk da terang2 da dapat. Sekejap je Allah da tunjuk kan kat aku. Jadi apa lagi kan? Faham2 je la ye Nidame Junior. Senyum lah selalu.



NOTA KAKI : Jangan ada apa2 harapan lagi dalam hati. Sila lah buang. perjalanan masih panjang dan jauh, jika diizinkan Allah dan dipanjangkan umur, tentu panjang dan jauh perjalanan yang aku tempuhi. ;)

April 29, 2012

Pulang ke Bandar

Another 10 hours to stay in this home . . . Arghhhh!!! Malas nye nak balik Shah Alam. Huhu. Dah la kerja banyak tak siap lagi. Lepas cuti ni pulak banyak test. Semua subjek pulak tu. Huhu. Tak cukup cuti seminggu. Nak seminggu lagi boleh?? Heheh. Alaaa... Nak tak nak kene jugak balik. Tiket pon dah bli. Lagi buat aku tension ni, tiket petang dah abeh. Yang ade pagi2 dengan petang2 sangat. Pagi kul 10.30. Erm... Kene bangun awal la esok. Rasa macam mana tah cuti ni, shopping pon tak sempat. Malam semalam baru nak beli baju la, seluar la, anak2 kecik la, sebab kakak aku pon ade balik semalam. Menyesal tak pegi dari semalam2 lagi. TF pon aku tak jejak tau. Pergh~ Dasyat tol... Malam celik, siang membuta je ape tidak nye. Tak dapat pegi rumah nenek kat Trolak. Aku pon tak tau sangat jalan2 dekat2 rumah nenek tu. Banyak sangat jalan. Takpe lah. Cuti bulan depan ada lagi. Pastikan mana2 kerja yang terbengkalai tu kene buat jugak sebelum tarikh yang se-benar2 nye. Huhu. Oke... Nak tidur da. Esok nak bangun awal. Selamat malam. Semoga mimpi yang indah2 ye. 



Doa Sebelum Tidur :


بِاسْمِكَ اللّهُمَّ أَحْيَاوَأَمُوتُ

Ertinya :
Dengan nama-Mu ya Allah aku hidup dan mati.




NOTA KAKI : Semoga tidur dengan tenang. Huhu~






AHAD - 28/04/2012
8.30 pagi

...Selamat pagi! ;|
Doa selepas bangun tidur : 


اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِى أَحْيَانَا بَعْدَمَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُورُ

Ertinya :
Segala puji bagi Allah yang menghidupkan aku kembali setelah mematikan aku dan kepada Allah akan bangkit.

Bangun pagi pon kena dikejutkan oleh mak. Bukan nya aku tak boleh bangun sendiri. Tapi biasalah...mak kan...beliau takot anak bongsu beliau ni lambat bangun, lambat bersiap, dan lambat pulak pegi stesen bas. Pastu nanti kena tinggal bas pulak (tiket kul 10 pagi ni la psal nya) = =' . Sebab da pernah jadi. Wakaka! Tu oke lagi la...da bangun, pegi mandi pulak, then sarapan... Sepanjang masa yang berjalan tu, lepas seorang, seorang yang bagi tekanan kat aku. Stress aku di buat nya. Mula2 aku bersabar lagi... Takpe aku boleh layan mereka seperti biasa dan tidak pula menunjukkan sikap2 yang membantah. Aku da stress da tu sebenarnya. Da la bas pagi, mereka ni pulak push2 macam aku ni tak reti buat tak reti fikir. Aku kire da tak boleh tahan la tu kot, aku pon bangun dari duduk dan terlepas cakap ni "Haish! Nak sangat aku balik!", sambil bangun ambil HP dan beg sandang aku. Aku salam semua yang ada kat dlam rumah tu then pakai kasut pastu terus masuk dalam kereta. Dok diam je. Abang aku tanye sebenarnye tiket tu pukul berape? Aish, aku da takde mud, so aku senyap je tak nak jawab soalan tu. Sampai la kat stesen bas. Aku pon salam abang,kakak ipar aku dan anak buah aku yang kecik sekali. Pastu aku keluar bawak beg teros cari tempat duduk kat stesen bus tu. Jalan tak toleh depan belakang kiri kanan da. Punye bengang angin satu badan aku di buatnye! Ada lagi 35 minit untuk tunggu bas aku tu. Lantak lah! Da keluar air mata sikit je lah. Tak banyak pon. Ahaha. Aku tak paham betul la. Selalu macam ni, dari dulu sampai sekarang tak boleh ke buat aku ni rase sedih nak balik tu yang sedih nak meninggalkan rumah dan keluarga? Aku selalu mud tak baik atau kurang baik bila nak balik Shah Alam. Tak selalu aku mud baik pon. Pelik betul la. Semua nya sebab mereka2 jugak sebab terlalu merunsingkan kepala aku. Tau je la... Aku ni jenis yang selamber dan macam takde perasaan (kadang2 je) bila dengan famili.Lagi satu aku ni kuat protes. Hahahaha! Ni memang tak di nafikan lah ye. Huhu.. Sebenarnya, aku nak jugak berubah dan aku pon tak nak lah sikap yang macam ni. Huuhu. Aku berdoa jugak mohon kat Allah bagi la petunjuk kat aku ni, bagi lah aku hidayah-Nya, supaya aku ni berubah. Dari dulu sampai sekarang sama je. Berubah nye ada tapi tak banyak. Erm... Oke lah. Asyik nak merajok je... Stress3! Lepas solat tadi oke sikit lah. Aku ni bukan alim mane pon... Tapi bila ingat tu buat je lah, takkan da ingat pastu buat2 lupa pulak an~ Huhu. Banyak nya dosa aku... Ya Allah...


NOTA KAKI : Cepat2 lah aku berubah sikap ni! Huuhu!

April 28, 2012

Redha



Harapnya begitu lah. ;)
Amin...



Cari yang lain?



Ya...yang itu pasti. Kalau orang dah tak suka kita, buat apa kita nak tergedik2 kat dia lagi kan? Cari je la yang lain. Haha... Tapi melainkan kalau dia pulak yang terhegeh2 datang balik kat kita kan3. Yang tu tak pasti la jawapan nya macam mana. Aku masih lagi keliru dengan keadaan sekarang ni. Huhu. Semoga aku tabah dan cekal dalam menghadapi dugaan dalam mencari pasangan hidup aku. Amin..


April 27, 2012

OKE

Berdasarkan cerita2 aku 2 3 hari lepas. Rasa nya perlu ada push factor untuk aku buang perasaan ni kat dia. Buat lah aku sampai lupakan dia macam orang yang tak pernah kenal pon takpe. Itu lebih baik. Setelah aku meminta pandangan daripada beberapa orang kawan aku, semua nya bagi jawapan yang dukacita la. Yelah, mereka lelaki. Yang aku ceritakan kat mereka pon seorang lelaki. Mesti lah lelaki hanya boleh paham lelaki. Baru semalam cerita kat seorang kawan lelaki aku sebab dia pon ada kongsi cerita dengan aku tentang wanita yang dia minat. Hehe. Daripada pandangan dia, memang agak buat aku down tapi aku tak kesah pon dia cakap macam tu. Rasa nya bagus jugak apa yang dia cakap tu boleh buat aku sedarkan diri aku balik. Sebab aku macam dah mula nak berkhayal balik bila lelaki tu mula contact aku balik. Ada seorang kawan perempuan aku pon marah kat aku dan larang aku pergi negeri kat selatan tanah air tu kalau semata2 nak jumpa lelaki tu. Dia takot aku kecewa lagi. Kalau aku pergi sana sebab nak bercuti takpe lah. Kenapa aku beriya sangat nak pergi sana jumpa dia? Aku tak tahu lah semenjak dia dah 2 3 kali contact aku balik. Ayat kawan aku ni memang agak buat aku sentap tapi bagus jugak tu an.

  • "...dy mntk maaf sbb tu je
    bkn nk kt ko
  • sory to say r
  • dlm ati dy da xde ko
  • aq ckp sbg laki r
  • memandangkn ko kate dy rmai kwn pmpn an
  • bkn nk ko down ke ape
  • tp tula..."


Sedikit sebanyak membantu aku sedarkan diri aku semula kembali ke alam nyata. Betul jugak apa yang kawan aku cakap kan tu. Dia anggap aku kawan biasa2 dia je. Lagipon dia kan ramai kawan perempuan. Tak hairan lah kalau dia dah tak ingat kat aku. Tapi kalau tak ingat takkan dia mesej aku pulak? Erm..tah la...tak tahu lah aku apa yang sedang bermain kat dalam hati dan otak dia tu. 

Lagi, nasihat daripada kawan aku. Ayap. Kau sangat menyedarkan aku sekarang ni. Terima kaseh banyak2. Kau susah aku tolong, aku susah kau pulak tolong walau pon perkara kecik macam ni kan. Tapi pendapat dan nasihat kau untuk aku sangat2 berguna. Hehe. Seronok dapat kawan macam kau. Aku tau kau mula2 tak paham cerita aku kan. Lame2 kau paham jugak. Di antara nasihat kawan aku : 

"...xpyhla
klu dy msj ke ape wt xtaw je
bce blh tp jgn bls
so
pe dy leh wt pn
juz wt xtaw jela..."


  • "...dy blh lpekn ko tp ko xle lpekan dy
  • so
  • ko still nk gtu ke
  • ko pkirkn dy lg
  • tp dy pkirkn org len lak..."


    "...klu ko lyn prsaan ko gtu ko xkn kemane
    syaitan ni akn suh ko rindukan dy spy ko lalai
    ko smyg hajt jela sume tudoa muge2 klu dy bkn jdoh ko
    lpekn ko dr ingtkn dy
    insya ko ok
    bnde ni ko wt bkn dlm 2ari ko dpt
    mgkn mkn bulan r taon
    so kne r saba k
    bknnye dy sorg je yg ko ptot cintekan
    msih rmai yg de tuk ko berikan ati ko

  • ko cme rindu je
  • act ko xcntekn dy
  • mybe 1day ko akn sedar sume ni
  • n ko akn bncikan dy
  • cayela."



Aku akan cuba sekali lagi untuk buang perasaan ni. Jangan sampai aku lalai yang sebenarnya dia tak suka aku pon. Dia cuma layan kau macam kawan je. Ingat! Dia memang macam tu. Dia layan baik2 or selalu mesej tak bermakna dia suka balik kat kita. Ya Allah... Bantu lah hambaMu ini. Aku merasakan tidak mampu untuk menampung beban yang tidak seberat mana ni. Aku mohon kepadaMu Ya Allah... Berikanlah aku petunjukMu... Jika dia adalah orang yang terbaik bagi aku yang telah Engkau tetapkan, maka Engkau berikanlah aku satu jalan cerita yang bahagia bersama nya. Semoga aku memperolehi hidayahMu. Amin. Nidame Junior, be strong! Jangan tunjukkan kat orang yang kita ni lemah. Sekian.

Senyum penawar duka. ;)

April 24, 2012

HaPpY (~.^)


Ya Allah Ya Tuhanku...
Aku bersyukur kepadamu Ya Allah...
Kerana telah mengurniakan aku ramai kawan yang sangat baik.
Malam ni je aku rasa gembira sangat dengan kawan2 masa sekolah teknik dulu.
Hahah. Lawak gila. Memang jarang2 nak rasa gembira macam ni.
Bila ada seorang yang suka mengusik atau menyakat orang.
Pulak tu, dia pergi panggil kawan2 yang lain join sama.
Memang gamat la jadinya. Macam reunion di alam nyata. Padahal kat dalam FB je. Haha
1 malam, dalam masa tak sampai sejam boleh capai hampir2 300 komen kat status wall FB kawan aku ni.
Kira2 8 orang je yang komen. Haha
Lepas satu,satu lagi dorang bukak status wall tu. So, mana nak layan banyak2 tu.
Tapi the main status kat kawan perempuan aku punye wall.
Memang gamat gila. Da macam warung kat tepi jalan je.
Siap nak oder2 makan pulak yang di cipta oleh seorang lagi kawan.
Asal nya dia saja2 nak menyakat kawan aku yang perempuan ni.
Aku pulak ternampak status tu.
Aku pon join jugak dan cakap nape tak ajak aku sekali.
Lepas tu bukan aku je, ramai lagi kawan2 sekolah dulu dia ajak jugak.
Tapi memang best! Gembira hati ni. Hehe
Sebab dah banyak sangat komen2 aku rasa macam nak muntah pulak.
Da tak terlarat nak layan. Lepas satu, satu dorang wat status. Haha
Bila da agak reda sikit, aku pergi la kat HOME.
Nampak la satu status member poli aku pulak.
Baca punya baca, eh kat mana pulak topik yang dorang bincang tu.
Rupa2 nya aku da tertinggal satu cerita la ni.
Sebab dok sebuk sangat layan kawan2 sekolah teknik tadi.
Dorang kecoh2 pulak pasal kawan aku sorang lagi nak bertunang.
Hah? Aku terkezut dalam hati la.
Terkezut tu sebenarnya gembira lagi sekali sebab ada sorang lagi member nak bertunang. Hehe
Tengok...lepas sorang,sorang nak bertunang. Haha
Dalam masa yang sama aku gembira ni. Aku ada terfikir sesuatu...
Macam mana la dengan budak yang sorang lagi tu? Boleh ke dia terima hakikat ni?
Tibe2 pulak aku fikir pasal dia dan rasa kasihan pulak. Erm...
Maybe sebab aku seorang kawan yang concern terhadap perasaan kawan nya.
Maybe aku pon pernah rasa perasaan yang sama macam yang dia rasa.
Nanti aku pulak yang nak kena tenangkan dia. Ah...sudah...
Erm...ceh! Macam poyo je statement aku ni. Haha
Lantak dia lah nak rasa macam mana pon dengan berita ni, kan?
Baik pulak aku kannn~~~ Haha!
Aku nak tunggu dan lihat je apa yang bakal berlaku. ;)


NOTA KAKI : Kepada kawan yang nak bertunang tu, selamat bertunang dan semoga bahagia. ;) Aku tumpang gembira untukmu wahai kawanku! 

April 23, 2012


HAHA!

Giler ke ape aku ni! 
Belom ape2 lagi da usha2 hotel, nak cari tempat menginap nak pergi bercuti nanti.
Over nye aku. Haha!
Hati aku ni sangat2 melonjak2 nak pergi sana.
Taktahu kenape lah.
Buang tebiat agaknye.

Tolong lah~
Jangan lah macam ni.
Aku taknak ade ape2 kaitan lagi dengan kau.
Wahai hati tolong lah kuat!
Amin..


Selatan Tanah Air


KEINGINAN nak pergi Selatan Tanah Air buat aku jadi sangat teruja nak pergi sana. Lagipon memang seumur hidup aku tak pernah jejak negeri tu. HAHA. Macam kesian je kat aku ni kan~~. Erm..lagi pulak ada orang yang pernah aku tutt~ kat sana. Kalau diikotkan buat apa aku nak bersusah payah, membazir tenaga, duit dan masa nak pergi sana semata-mata nak jumpa dia. Bukan ada apa pon. Kawan2 biasa je. Rasanya dah lama dah aku tak pikir benda ni. Sebab dia jugak la ni.. Tiba2 je 2 hari lepas dia ajak chatting pulak kat FB. Aku ni suka terkejot dan rasa pelik sikit la kan. Yelah, dah la tiba2 je,mau tak pelik aku di buat nya. Dulu2 tak pernah nya macam tu, dulu2 lain perangainya (taktau la kalo da b'ubah an3, sejak yang dia minta maaf tuu.haha). Sembang2, terkeluar pulak ayat cabar-mencabar aku nak datang ke negeri tempat dia kerja tu. Aku rasa macam teruja pulak nak pergi (sebab nak jumpa dia la kan.erm..). Tapi dalam hati aku berkata-kata, kalau aku pergi sana apa la reaksi dia, macam mana dia nak layan aku nanti, dan yang penting aku ni boleh ke nak bersua muka dengan dia?? Tapi rasa nya boleh kot, sebab aku dah anggap dia kawan2 je. Aku akan cuba sedaya upaya nak kawal perasaan aku nanti (wah..da berangan macam mana nak menghadapi situasi.haha). Tapi dia mula2 cakap tak payah la, buat susah2 aku je. Kalau aku la, suka hati aku la kan. Haha.

Sebenarnya, aku rasa biarlah senyap je macam sebelum2 ni. Walaupon tercongok muka online kat FB tu, biarlah buat tak tahu je, buat2 tak kenal pon takpe. Sekarang ni buat aku rasa...aish! Entah lah. Lagi nak jauhkan diri, lagi dia datang dekat. Pening aku dibuatnya. Dah ni cuti mid-sem, buat aku rasa nak pergi kampung dia pulak. Erm.. Yang seorang lagi tu, senyap je bila aku mesej. Cis! Start dari jumpa hari tu. Lantak ko lah, ko senyap, aku pon senyap. Ok! WTH! Ramai adik2 kan sekarang. Layan je lah kannn~~ Hahaha...!!!!

April 21, 2012

Kebarangkalian!

Halooooooooooooo!
Da lama sangat tak menulis blog ni kan~~
Erm..sebab busy.Tak ada masa nak bukak sangat.Kadang2 terlupa,asek bukak fb je.huhu

Hari ni dapat lagi kejutan.Lahai..nape la..why me??
Huhu..tiba2 dia chat aku.Terkezut gak aku.Sebab tak pernah2 kot.Dulu masa mula2 ada la,aku la yang stat dulu tapi dia dulu kan garang2 macam singa gitu.Menyampah tol time tu.Tapi tadi dia tak macam dulu la.Suke mara2 aku.Ayat sume tak boleh blahh.Tak tau la sebab lepas dia mintak maaf hari tu ke dia jadi baik je (tak ada la baik sangat tapi lebih baik sikit la dari yang dulu.haha).Bila chatting dengan dia kali ni rasa macam pelik sikit dia ni...(ei,tak3! tu mungkin hanya mainan perasaan je.Dia memang jenis yang macam tu.erm..). Pastu, dia cakap ada jugak orang nak pandang status dia, pastu dia cakap macam la aku ni nak pandang dia. Ai dulu aku selalu je pandang dia,dia tak kesah pun kan. Lagi pun, apa nak kesah kalo stakat aku sorang je yang tak pandang dia. Kan ramai lagi perempuan2 lain yang nak pandang dia. Macam la dia nak pandang aku. Huh! Buat ayat kasihan sangat... Yang menarik nya,dia cabar aku suruh datang negeri yang dia kerja sekarang kalau nak tengok dia tu kedekot ke tak (sebab aku suruh dia belanja aku,tapi aku cakap dia kedekot.hehe).Dia kata aku ni cakap je lebih,bukan datang pon.Haha.Dia ni...aku memang dah lama simpan niat nak pergi tempat dia tu nak jumpa dia.Gila tak aku ni????(Agak la..haha).Lepas tu aku test dia,aku tanya "ko rase aku datang ke x? heheh".Haa...hahaha.Saiko gitu..Then,dia jawab "X.Ok kan" (apa yang ok tah.haha).Lepas tu aku jawab balik, "if aku datang betul2 camne???". Agak lame jugak la dia balas. Dia balas "brbsr hati'' je! Lepas tu aku saiko lagi.hahah.aku cakap,"wow.yeke b'bsr aty?tah2 x suke aku dtg sane.an~~ ermmm".Agak lama jugak tu...dia balas,"mmmmmmm" je.Aku pun rasa macam tak seronok je.Aku pun cakap la,"erm..da taw da.so,batal an je niat nk g *****.tym 2 sleep.chaow~".macam tu je.lepas tu aku sign out la.haha.biarkan dia ingat aku merajuk.hahah







NOTA KAKI : Tiba2 nak chatting ngan aku pulak.Dah kena saiko dengan aku.Menipu la dia tak boring tym kerja malam.Mesti la sebab boring la dia chat aku.Ceh! Tu pon tak nak mengaku.Eeeeeeeeee...Tahapahapatah.Huh! 

February 19, 2012

Teman di kala sunyi je tu...


13 NOVEMBER 2011 - 1 panggilan tak di jawab.
14 FEBRUARI 2012 - Mesej 2 3 kerat sebelom pegi keje.

Ape maksudnye tu?
Niat yg sengaje @ kebetulan @ takdir?
Aku pelik betul ni..
Dan ape sebenarnye dalam palotak dy???
Haish...
Bende ni wat mo0d aku betuka 180 darjah (seronok)...
Tapi biler dengar pendapat seseorang,
Patah balek 180 darjah kembali asal (takde perasaan).
Memang la kawan,tapi...huhu...

" Aku rindu setengah mati kepadamu
Sungguh ku ingin kau tahu
Aku rindu setengah mati "


February 6, 2012

Hepy new yr!


Hepy new yr n hepy februari 2012!!
Erm..aku ni salu lmt an??
Hahaha...lantak lah..


Nape ngan aku ni,
Da buat kesilapan yg same je ni..
Dua jnis kesilapan da ulang dua kali gak.huhu
Harap2 kali ke-3 xde da..
Kne pK semasak2 nye baru wat kptusan tu...uhuhu

Ya Allah Ya Tuhanku..
Berikan lah aku petunjukMu..
Agar aku boleh berhidup dalam keadaan yg tenang tanpa berasa gundah gulana.
Amin...